repost:(

NI BUKAN CTER ILHAM !!!

cerita ni aku tak penah cerita kat mana-mana, cuma cerita pada orang yang rapat dengan aku.
kat sini aku cuma nak kongsi kisah aku.
lebih kurang macam kisah "jahatkah aku sebagai seorang anak???"
kisah aku macam ni...
masa kecik dulu, mak aku tak layan aku dengan baik.
sampai sekarang, aku masih ingat.
ada kesan psikologi bile aku dah umur 25+ tahun sekarang.
dulu kakak aku anak emas mak ayah. dia anak sulung, dia cantik. dia pandai, belajar luar negeri.
abang aku disayang sebab dia anak laki sorang.
adik aku disayang sebab dia anak bongsu.
aku anak ke-2, sebab tu dilayan macam tu. tiada apa yang special pasal aku. muke tak sama adik beradik lain. aku hampir percaya aku ini anak angkat, anak pungut.
masa kecik dulu, mak kejut aku pukul 4-5 pagi, basuh pinggan mangkuk di dapur yang tunggang langgang macam baru lepas kenduri.
satu pagi, ayah marah mak sebab kejutkan aku pagi buta macam tu. masa tu aku kecik lagi. sekolah rendah. darjah 2 or 3. tapi mak dah layan aku macam tu.
aku memang terasa betapa tidak adil layanan mak pada aku.
pasal ayah, aku tak ingat sangat. sebab ayah seorang yang pendiam.
aku juga sayang kan ayah lebih dari mak.
masa kecik dulu, mak memang layan aku dengan teruk.
bile marah, mak keluarkan kata2 kesat seperti mencarut2.
mujur Tuhan sayangkan aku. walaupun aku dibesarkan dengan cara macam tu, aku tak pernah mencarut kalau marah. tak keluarkan kata2 kesat. aku yakin Tuhan sayangkan aku.
kalau aku ikut perasaan yang kecewa, ntah apa jadi dengan aku hari ni??
dah tentu belajar tak tinggi. jadi minah kilang. terjebak dalam masalah sosial.
masa di darjah 6, aku dapat 4A. aku rasa tu 1st time mak cium pipi aku.
aku rasa kekok. sebab mak tak biasa buat macam tu.
aku ingat mak akn terus layan aku dengan baik, sebab aku pandai dulum pelajaran.
tapi, mak tetap begitu.
semasa di tingkatan 3, PMR aku agak cemerlang. dengan 7A. mak bangga sebab dapat cerita dengan jiran2.
tapi masa tu, aku tak sedar, aku makin lama makin bencikan mak.
AKU BENCI MAK!!!
aku tulis dululm diari aku anak tiri. mak %&^%&^%$^%#$%#%$#%.
macam2 aku tulis pasal mak.
form 4, aku masuk Teknik. satu hari mak datang lawat aku dengan ayah.
nampak je aku, mak terus peluk aku, nangis kuat2.
aku hairan. kenapa???
rupanya, adik aku jumpe diari dalam almari baju, bagi semua orang baca.
mak nangis sangat teruk. aku pun nangis teruk. sebab menyasal dengan apa yang aku tulis.
masa form 4 jugak, aku pindah sekolah. menjelang spm, mak temanakan aku study utk spm.
aku tau mak cube tebus kesilapan dulu.
memang ada perubahan tentang layanan mak pada aku.
tapi setiap kali kakak aku balik kampung, mak akan suruh aku buat semua kerja.
kerja rumah aku dah biasa buat sebab dari sekolah rendah aku buat semua kerja.
sebelum sekolah petang (sek rendah), aku kena masak nasik
balik sekolah, aku kena kemaskan meja makan, basuh pinggan dan sebagainya
sapu sampah, basuh baju dan sebagainya
kalau aku tak buat, alamat rumah macam tongkang pecah.
kakak aku tiada, dia belajar di MrasaM.
adik aku kecik lagi.
abang aku, takyah ceritalah. orang laki mana nak buat kerja rumah???
masa aku masuk univ, layanan mak macam dulu jugak.
habis belajar, aku menganggur jap.
budak IT memang susah nak cari kerja.
mak selalu bebel kat aku.
sampai la aku dapat kerja di kampung sebagai tenaga pengajar IT.
mak happy sekejap.
tapi time tu, aku tak tahu kenapa, aku tak rasa nak tinggal serumah dengan mak. mak kuat merajuk.
aku bergurau, mak kate aku kurang ajar.
mak masuk bilik.
satu hari, sabar aku dah sampai limit.
aku menangis. sebab gurauan aku mak salah tafsir.
mak masuk bilik. aku masuk bilik.
menangis. mula2 perlahan.
makin lama, teresak2. aku dah tak tahan.
hampir histeria aku.
ayah mengintai dari luar.
ayah tanya kenapa? ayah suruh aku berhenti nangis.
aku cuba berhenti nangis.
malam tu, ayah tidur lambat.
ayah panggil aku ke meja makan.
tanya kenapa aku nangis?
aku cakap, aku dendam sama mak.
aku nak pindah.
walaupun kerja di kampung, tapi aku nak sewa rumah lain.
ayah geleng kepala.
ayah terdiam. ayah tak setuju.
ayah suruh aku sabar. ayah nasihatkan aku.
tak baik benci pada mak.
apapun, dia tetap mak kandung aku.
aku sambung nangis lagi.
lepas tu, aku dapat kerja sebagai guru ganti. aku tinggal jauh dari mak ayah. aku rasa lega.
sebab aku tak jadi anak derhaka lagi.
kalau tinggal serumah, aku selalu melawan dan tinggikan suara dengan mak.
dipendekkan cerita, hari ni aku boleh nyatakan diri aku sebagai orang yang berjaya.
sebab ada kerjaya. kerja tetap. income ok.
alhamdulillah.
aku cuba pujuk hati. aku cuba maafkan emak atas apa yang pernah berlaku dulu.
sekarang, aku kerja sebab aku pikir nak tolong mak ayah.
aku berasa syukur sangat. sebab Tuhan sayangkan aku.
Tuhan tak butakan hati aku.
Tuhan tak biarkan aku sesat dan terus membenci.
hari ni, aku cuba lupapkan semuanya yang pahit.
hari ni, aku cuba jadi anak yang baik.
walaupun hati aku pernah membenci.
aku mohon pada Tuhan, berikan aku hidayah.
supaya aku sentiasa sayangkan mak ayah aku.
dan lupakan terus kisah yang lalu.
AMIN.

Popular Posts